snow blue

aSaLaMuAlAiKuM..i'm NURUL HUSNA BT SHAPIE...lEt'S jOiN mY bLoG..tQ

Wednesday 5 September 2012

KAMI TERPISAH LAGI

Pada saat ak menulis blog ni aku sangat merinduinya. Namun apa kan daya. WAIT!!! Jangan salah faham, ini tiada kaitan ngan pakwe sbb ak mmg xde pkwe pon..huhu.Sebenarnya ak sgt merindui insan yang sgt rapat dgn ku waktu kecil,  dia adalah kawan setia ku ketika aku tiada teman bermain.He is my Brother. Skrg dia berada jauh dari family. Ak tau dia pon pasti sgt2 merindui family kat kampung kan..Pemisah itu membuatkan dirinya  terparangkap dalam kerinduan yang menyakitkan. Ak pon sgt2 merinduinya, kerana hanya dialah satu2 nya abang yang ak ada di atas dunia ni. Ku ingin dia tahu yang ak xpnah salah kan dia dan ak xpernah bencikan dia walaupun sesaat. walaupun dia banyak melakukan kesilapan. Setiap manusia melakukan kesilapan kan. Apa yang lebih menyedihkan aku adalah ini tahun kedua kami xdpt berpuasa dan beraya bersama-sama. Memang nampak indah dan bahagia di pagi raya, namun hanya Allah yang tahu betapa sebak nya  dalam  hati ini bila salah seorang ahli keluarga tidak dapat menyambut bulan yang indah bersama-sama.Ya Allah, kuat kan hati hambamu ini, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan dia dari jauh dan menunggu kepulangannya dengan hati terbuka, tiada dendam dan kata dusta untuk dia. Aku harap dia pulang dengan seribu perubahan dan keyakinan, tidak menoleh ke belakang lagi dan juga menggalas harapan mak ngan ayah

Thursday 8 March 2012

10 CIRI LELAKI YANG BAIK




(1) Seorang lelaki yang baik akan cuba berusaha untuk membantu anda dalam keadaaan apa sekalipun, walaupun sebenarnya mereka tidak mampu untuk membantu anda. Mereka akan berusaha untuk menenangkan anda, membuatkan anda berasa selamat atau sebagainya tidak kira dimana anda berada pada ketika itu. Lelaki yang baik juga tidak mementingkan diri sendiri.
(2) Mereka tidak kisah untuk menasihati dan juga menyatakan pandangan mereka mengenai diri anda. Segala kebaikan atau keburukan akan dibincangkan. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga akan mengakui kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka, cuba menyelesaikan masalah itu dan juga berusaha tidak akan mengulanginya. Ini dapat mewujudkan situasi dimana pasangan bebas untuk menyuarakan pandangan atau pendapat masing-masing.
(3) Mereka akan tetap menghormati anda walaupun pada situasi itu anda berdua sedang mengalami percanggahan pendapat atau perselisihan faham. Lelaki yang baik juga tidak akan sesekali merendahkan martabat anda sebagai wanita dalam apa keadaan sekalipun.
(4) Seorang lelaki yang baik tahu bagaimana untuk melakarkan senyuman pada wajah anda apabila berada dalam keadaan sedih, risau dan sebagainya.
(5) Mereka tidak sombong dan juga merendah diri. Selain daripada itu, lelaki yang baik juga tidak akan sesekali memandang rendah pada kemampuan diri anda. Mereka akan memberi sokongan terhadap apa sahaja yang anda lakukan dan yakin bahawa anda juga boleh berjaya.
(6) Lelaki yang baik akan berusaha untuk memperbetulkan kesilapan anda dan tidak akan sesekali mengubah siapa diri anda yang sebenar. Mereka akan menerima anda seadanya.
(7) Mereka tahu untuk menilai betapa berharganya diri anda dan tahu untuk memberikann sejauh manakah layanan yang terbaik yang perlu anda terima. Ia adalah seorang ciri lelaki yang baik.
(8) Lelaki yang baik tahu apakah kekurangan diri mereka yang memerlukan penambahbaikan dan komited untuk melakukannya.
(9) Seorang lelaki yang baik juga amat peka terhadap maklumbalas anda, apa yang anda katakan dan juga apa yang anda rasa.
(10) Mereka tidak akan sesekali melupakan diri anda walaupun telah berjaya. Segala sokongan dan motivasi yang pernah anda berikan amat mereka hargai. Ini adalah ciri seorang lelaki yang baik.

Friday 17 February 2012

research at memorial TUN HUSSEIN ONN

ASSALAMUALAIKUM...
ari ni trasa gatal tangan nk update blog...hehehe...sbb dh lm sgt dah xupdate...blog pon dh byk berubah dia punye setting,pening gakk mula2 bukak...dh mcm fb pon ada...huhu..lagipun ptg2 ni xde wat pew...dari asyik tdo bagun jew,baik saya update blog..de jgk faedah nya kan..
ni dia si minah bgayot jew kje dia...        
lps pnt buat research kte pon pose..

with ummi,my frenz,.peace....:)
ni la keta pribadi tun hussein onn..

Wednesday 14 December 2011

--promote cerita ombak rindu--


sebenarnya sy pun blom jgk lagi cite ni..tp apa dr yang saya baca novel ni and tengok dia punyer movie trailler,it very nice,sweet n byk lagi la..hehe..sy teringin sangat nak tengok cerita 'ombak rindu' ni,tp kat kelantan kan tidak ada panggung wayang,so kena la tunggu dapat download kat internet yerr...nk pergi tengok kat2 luar2 kelantan ni susah,banyak kerja nak kena buat,lagipun sekarang dah banyak assgment menjelma..

Friday 9 December 2011

outing with frenz

kereta yang kelakar..  :-)
sempat lagi mkn satay smbil2 tunggu bas ummi dtg..semua nmpak berebut je spe pling cepat rasa satay ni..rs satay ni best la jgk.
                                

Thursday 22 September 2011

....SEKADAR INGATAN BERSAMA....

Di petik dari Hadis Qudsi

  • -Neraka mempunyai 7 tingkat
  • -setiap tingkat mempunyai 70 000 daerah
  • -setiap daerah mempunyai 70 000 kampung
  • -setiap kampung mempunyai 70 000 rumah
  • -setiap rumah mempunyai 70 000 bilik
  • -setiap bilik mempunyai 70 000 kotak
  • -setiap kotak mempunyai 70 000 batang pokok Zarqum
  • -di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70 000 ekor ular
  • -di dalam mulut setiap ular yg panjang nya 70 hasta mengandungi lautan racun yg hitam dan pekat.
  • -di bawah pokok zarqum mempunyai 70 000 rantai -setiap rantai di seret oleh 70,000 malaikat...